Tuesday, April 8, 2008

LAPORAN SUKAN TAHUNAN SMK RAWANG


Pada hari Sabtu yang lalu, iaitu 1 Mac 2008 telah mengadakan sukan tahunan di Stadium MPS,Selayang. Seramai 36 orang ahli PBSM terlibat dalam sukan tahunan ini, 10 orang ahli bertugas hari itu,24 orang ahli mewaklili PBSM untuk menyertai pertandingan kawat kaki dan 2 orang bekas pelajar datang untuk membantu kita.

Hari itu telah turun hujan yang lebat,ini telah menyebabkan pertandingan kawat kaki ditanggungkan selepas acara. Hari itu semua peserta terpaksa lari dalam hujan,oleh itu peserta mudah kejang.Ahli yang bertugas hari itu juga tidak boleh mencuri tulang,mereka sibuk untuk menjalankan tugas mereka.Kebanyakan ahli yang bertugas ialah pelajar yang tiada pengalaman tetapi mereka juga boleh menjalankan tugas dengan baik.

Pada pukul 12.00p.m, semua acara pun sudah dijalankan dan pertandingan kawat kaki juga dimulakan.Semasa pertandingan bermula,pengerusi dan bekas pelajar, soo ching telah datang untuk memberi sokongan kepada semua peserta.Meraka monlong peserta untuk kemaskan baju seragam.Pertandingan tersebut diadakan dengan matlamat untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama anggota ,di samping membentuk disiplin diri yang kental.Matlamat ini telah pun mencapai dan mengeratkan hubungan semua ahli PBSM.

Selepas pertandingan kawat kaki, keputusan juga diumumkan.Dengan bangganya PBSM telah mendapat tempat pertama .PBSM sudah lama tidak mendapat tempat partama,kali ini hasrat semua peserta telah mencapai.Semua ahli PBSM sangat gembira sehingga ada ahli telah menangis.Selain itu, salah satu ahli PBSM talah mendapat olahragawati.Kedua-dua perkara ini telah mengharumkan nama baik PBSM.Cikgu PBSM,Pn Zarina dan Pn. Napsiah juga berasa sangat gembira dan bangga.Cikgu telah memberi RM50 kepada kami sebagai ganjaran.

Semoga PBSM boleh mendapat tempat pertama pada masa yang akan datang agar dapat mengharumkan nama baik PBSM.Pertandingan ini selain memupuk semangat bekerjasama , para peserta turut berpeluang meluaskan pergaulan dan meningkatkan pengalaman mereka.


1 comment:

nur faaiqah said...

saya ingin bertanya sama ada ahli pbsm yang mendapat olahragawati itu ahli yang bertugas semasa kejohanan? kerana sekiranya ya, bukankah salah satu prinsip pbsm adalah berkecuali, ini bermakna ahli itu terkecuali utk menyokong mana-mana pihak